Johor Darul Ta'zim sah muncul juara Liga Super musim 2023 selepas menundukkan PDRM 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu malam. Kejayaan itu juga merupakan kejuaraan Liga Super kali ke-10 berturut-turut buat JDT selepas kali pertama memenanginya pada 2014.